Friday 17 June 2016

NOVEL SAAT KAU HADIR DALAM HIDUPKU


Ini novel kedua dari penulis , keluaran October . Novel ini dah lama ditunggu oleh peminatnya. Walaupun penulis ini sibuk dengan pelajarannya tetapi masih menulis sebagai hobi. Akhirnya cerita yang dibaca melalui blogs dapat dibukukan baru-baru ini. Kalau orang tanya kenapa saya suka pada novel karya Xuanza, saya akan kata ceritanya lebih matang dari segi penulisan dan penyampaian. Jika seseorang akan rasa terbuai dan merasai suasana dalam cerita. Ini novel kedua sebelum ini Novel Kerana Lamaran Itu . Seperti naskah pertamanya novel ini banyak penggunaan bahasa enggerisnya tetapi tetap menarik. 

Jom ikuti review saya , Dania Khalishah yang baru balik dari UK . Sementara belum mendapat kerja yang tetap Umie Dania , menyuruh Dania menerima tawaran berkerja sebagai driver untuk sahabatnya Khaleda. Walaupun Dania enggan tetapi Dania tetap akur bila umienya menyatakan ini adalah sementara sahaja. Dirumah aunty Khaleda , Dania diperkenalkan dengan Ifa anak angkat aunty Khaleda. Ifa juga mempunyai anak yang bernama Adila. Walaupun Adila seorang yatim , dia sentiasa ceria dan tidak pernah kurang menerima kasih sayang papa-papanya ( anak- anak aunty Khaleda ).  

Dania tidak menyangka Eddy adalah anak aunty Khaleda. Ini mengingatkan Dania di Heathrow airport bertembung dengan Eddy yang sangat angkuh. Hari pertama kerja sudah membuat hidup Dania menjadi huru hara. Sebab Eddy , motor Dania rosak dan kerana Eddy juga Dania ditinggalkan ditepi jalan. Eddy tidak sama seperti abangnya Ridz. Ridz bukan saja lembut tutur katanya walaupun kelihatan sedikit tegas dan lebih penyayang. Kehadiran anak kecil bernama Adila dirumah aunty Khaleda menambahkan keceriaan. Ifa dan Adila adalah anak yatim dijadikan cucu angkat keluarga itu. 

Bila Dania mula selesa berkerja dengan aunty Khaleda , Dania ditawarkan untuk berkerja dengan Ridz sebagai Sales Executive . Suatu bidang yang lari jauh dengan kelulusannya. Di tempat kerja baru Dania terpaksa berdepan dengan Farhana yang sangat garang dan bengis sebagai ketuanya. Kerana Farhana juga Dania terpaksa berjumpa Zachary. Zachary gembira bila DFK menghantar wanita cantik untuk berurusan dengannya. Tambahan Zachary seorang buaya pantang nampak perempuan cantik. Pada Dania , Zachary seorang klien dan berjumpa atas sebab kerja yang diarahkan. 

Hatinya hanya ada lelaki yang bernama Ian Mikail. Hati Dania lebih gembira bila Ian pulang ke malaysia . ian pula sangan memanjakan Dania dan menuruti segala kehendaknya. Berikutan itu mereka terserempak dengan Eddy , Ridz dan Zachary . Ian memberitahu yang Eddy , Ridz dan Zachary menyimpan perasaan pada Dania tetapi dinafikan. Dania hanya menganggap Eddy lelaki yang menjengkelkan , Ridz menghormatinya sebagai boss dan Zachary adalah kliennya. 

Kerana satu lamaran menyedarkan Dania tentang cintanya. Walaupun berat untuk menerima Dania terpaksa akur kerana Ian Mikail tidak mungkin bersatu. Perasaan "itu" perlu dibuang untuknya kerana mereka hubungan kakak dan adik sahaja. Walau bagaimanapun Ian merupakan ciri lelaki idaman Dania. Atas desakan nenek Dania menerima Ridz sebagai bakal tunang , boss ditempat kerja dan bakal suaminya. 

Selepas 3 bulan mereka disatukan. Malam sebelum majlis pernikahan Eddy merayu agar Dania tidak meneruskan majlisnya. Eddy mengatakan Ridz bukan lelaki yang sesuai untuk Dania. Kata - kata Eddy membuatkan Dania berani menghubungi Ridz agar pernikahan esoknya dibatalkan.  Selepas majlis pernikahan Dania dan Ridz , Eddy menghilangkan diri. Bermulalah satu episod baru kehidupan Dania kini menjadi Datin Dania Khalishah. 

Hidupnya bila menjadi isteri ahli koperat yang sangat sibuk. Semua permintaan Ridz perlu diikut walau hati memberontak. Banyak hati yang perlu dijaga. Saat Dania cuba menerima Ridz. Eddy datang dan terus menagih kasih. Kehadiran Thania menjadi persoalan pada Dania.Ini membuatkan diri Dania tidak selesa. 

Suatu hari nenek sakit dan ingin berjumpa dengan Dania. Dania enggan kerana ada perselisihan antara Dania dan nenek. Dania sedih kerana nenek mummy dan walid bercerai. Konflik keluarga membuat hidup Dania lebih tersisih. Ridz dapat memujuk Dania agar berlembut hati dengan neneknya dan hubungan kekeluargaan menjadi baik. 

Keluarga Dania memuji Ridz kerana dapat melembutkan hati Dania. Dugaan terus datang bersilih ganti . Kini Adila kemalangan , Disini menyingkap siapa papa Adila sebenarnya.  Melalui ujian DNA berita siapa papa Adila mengejutkan semua orang. Walau bagaimana pun Eddy perlu bertanggung jawab. Atas desakan Eddy dan Ifa disatukan. 

Dania baru sedar yang selama ini Dania adalah wanita pilihan Ridz. Dania fikir perkahwinannya adalah pilihan keluarga. Sememangnya kehadiran Ridz dalam hidupnya mencipta sesuatu yang indah bila Dania mengenali suaminya.




Sinopsis dari kulit novel
“Bro! Senang cerita macam ni la. Aku dah mintak maaf dengan kau, kau tak boleh cakap elok-elok ke? Tolonglah... jangan malukan orang Malaysia. Budi bahasa tu budaya kita, bro.”
“Um... Budi bahasa budaya kita? Eheh... I think you should look in the mirror before looking out the window.”

Wah... Mamat ni memang dah lebih. Sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati! Fareed Dayyan!!!! Kenapa perangai kau macam setan! Tak seperti abangnya, Fariedz Dazrien yang lebih berlemah lembut berbicara dengan gadis cun berhati sensitif macam aku ni.

“Nia, please inform me before you go somewhere else next time.”

“Why should I? I bukan budak kecil.”

“Betul you bukan budak kecil, tapi mama amanahkan I untuk jaga you. Your safety is my responsibility.”

Tiba-tiba, aku dapat lamaran daripada sebuah keluarga yang tanpa aku sangka. Macam mana benda ni boleh berlaku kat aku?! Dan…

How could I possibly expecting HIM to be my so-called fiancée and future husband. Heh... Husband? Urgh...

Adakah aku bersedia untuk menjadikannya suamiku, sepertimana yang diharapkan oleh keluargaku sendiri terutamanya nenek? Padahal aku sudah ada ‘kekasih’ yang aku cintai, namun aku sedar, takkan direstui sesiapapun.

“I don’t have any choice. Can I say no?”

“You can always say no. It’s your life and your decision. You’re the one who’s going to live every single day with the choice you made.”

No comments:

Post a Comment