Tuesday 22 December 2015

NOVEL KERANA AKU SUAMIMU

Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.


Kerana aku Suamimu sebuah novel bakal diadaptasi tak lama lagi. Saya beli novel diri dari rakan FB . Terima kasih sebab tolong belikan novel semasa di expo buku di PWTC baru - baru ini. Ada 3 novel yang lain juga tapi nak cerita novel Kerana Aku Suamimu. Novel mempunyai ketebalan 588 muka surat ni memang best. Oleh kerana cerita ini akan diadaptasi jom ikuti review dari saya serba ringkas.

Fitri dan Zahra terpaksa berkahwin selepas tertangkap oleh ayah Zahra di dalam bilik dalam keadaan yang sangat mengaibkan! Zahra bermati-matian menolak untuk berkahwin dengan Fitri kerana sudah bertunang, Riyad. Riyad memutuskan pertunangannya dengan Zahra sejurus mendengar berita tanpa mendengar apa- apa penjelasan. Fitri adalah anak angkat keluarga Zahra. Fitri membesar sama-sama Zahra dibawah satu bumbung. Walaupun En. Zainal marah dengan tindakan Fitri akhirnya mereka disatukan walaupun Zahra cukup memberontak. Meraka hanya dinikahkan tanpa apa-apa majlis. 

Selepas berkahwin , Zahra masih mengejar Riyad untuk memberi penjelasan tetapi dipandang endah tak endah oleh Riyad. Kata - kata penghinaan dari Riyad membuatkan Zahra hilang kawalan hingga Zahra terlibat dengan satu kemalangan. Shasha sering menyakiti hati Zahra sejak kebelakangan ini menambahkan lagi rasa geram dan kebencian pada Shasha.

Sejak berkahwin Zahra tinggal kondo milik Fitri. Zahra juga tidak dibenarkan berkerja.  Dengan penuh kesabaran Fitri melayan kerenah Zahra. Karina ( sepupu ) dan Aiza ( bakal kakak ipar Zahra ) sering menasihatkan Zahra agar menerima Fitri sebagai suami tetapi dipandang sepi . Karina dan Aiza juga rapat dengan Fitri kerana mereka berkerja dalam satu pejabat. Sejak kemalangan itu Zahra mula sedar dan dia mempelajari menerima Fitri sebagai suami. Dengan dorongan keluarga , Zahra berusaha menyerikan rumahtangganya dengan belajar memasak . 1 hari 1 resepi yang diberi oleh mamanya ( Puan Rashidah ).

Tanpa pengetahuan Zahra , Riyad menjalinkan hubungan dengan Shasha. Shasha  merupakan rakan baik Zahra sebenarnya menggunakan Zahra untuk mendapatkan tempat yang baik di syarikat . Begitu juga Riyad , bertunang dengan Zahra untuk mengukuhkan kedudukannya di syarikat. Riyad dan Shasha berkenalan melalui Zahra kerana Zahara adalah kawan baik Shasha.  Hubungan mereka dapat dihidu oleh Fitri , Karina , Aiza dan Zahrin kecuali Zahra. Fitri tidak mahu Zahra kecewa mengetahui kecurangan tunangnya. Oleh kerana Fitri memang tahu sikap Riyad. Fitri memerangkap Zahra untuk berkahwin dengan Fitri tak nak Zahra terjerat dengan Riyad yang tak semenggah tu.  Sebenarnya Fitri tak buat apa-apa pun pada Zahra. 

Bila Riyad rasa jawatan yang disandang itu mula tergugat , Riyad mula datang kembali mengganggu rumahtangga Zahra dan Fitri. Zahra mempunyai pengaruh kuat disyarikat kerana dia adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Zahra juga menjadi anak saudara kesayangan Dato Malik ( pakcik Zahra ) kerana mereka tiada anak perempuan. Tindakan Riyad untuk memujuk Zahra membuatkan Fitri sering bergaduh dengan Riyad di pejabat. Riyad yang nekad untuk mendapatkan kembali Zahra mencabar kesabaran Fitri.

Shasha mula rasa cemburu bila Riyad terus mengejar bekas tunangnya Zahra pertengkaran demi pertengkaran berlaku antara mereka. Keadaan Lebih menyakitkan bila Shasha disahkan mengadung dan Riyad tidak mahu bertanggungjawab. Riyad menyuruh Shasha gugurkan kandungannya sebelum ianya membesar. Riyad memberi alasan dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah.

Zahra menyedari sejak akhir- akhir ini diirinya tidak selesa tambahan pula Fitri selalu bertegas dengannya. Kadang kala membuatkkan Zahra berkecil hati. Zahra juga terasa hati bila perkahwinan Zahrin dan Aiza semakin dekat. Ada perasaan iri hati bila persedian majlis Zahrin  akan dilakukan secara besar - besaran. Fitri faham keadaan isterinya yang sering merajuk. Bila Zahra disahkan mengandung , Zahra ditatang seperti minyak yang penuh. Fitri gembira misinya akan berjaya bila Zahra mengandung dengan harapan Riyad tidak akan menggangu Zahra lagi.

Rahsia Shasha mengandung diketahui oleh Fitri , ini berlaku Shasha tersalah masuk tandas. Simtom shasha ada pada Zahra. Ini menambahkan syak Fitri pada Shasha. Shasha menceritakan perkara sebenar pada Fitri. Shasha terkejut bila Fitri tahu hubungannya dan Riyad. Riyad marah dan menghantar gambar pada Zahra mengatakan Fitri ada hubungan dengan Shasha. Zahra yang tersentak dengan gambar yang dihantar oleh Riyad mengambil keputusan untuk bertanyakan kebenaran pada Shasha. Shasha yang memohon maaf kerana membuat hubungan dengan bekas tunangnya Riyad tanpa pengetahuan Zahra. Zahra tidak menyangka kkawan karibnya sanggup menikamnya dari belakang.

Kesal apa lagi yang mampu diperkatakan. Riyad datang ke kondo Zahra untuk memberi penjelasan tetapi demi meyelamatkan diri Zahra tergelincir lalu jatuh dan kandungan Zahra tidak dapat diselamatkan. Riyad yang berada didalam keadaan panik terus lari. Riyad terus ke rumah Shasha dan satu pertengkaran berlaku. Disebabkan tolakan yang kuat Shasha terjatuh di meja cermin dan Shasha rebah. shasha disahkan meninggal dunia. Riyad lari dan mengilangkan diri.

Fitri sedih apa yang menimpa pada diri isterinya. Fitri kesal kerana mencampuri urusan Shasha dan Riyad. Dia menyalahkan dirinya kerana tidak mampu menjaga Zahra dengan baik. Sejak keguguran Zahra , rumahtangga Zahra dan Fitri bertambah baik bila Fitri limpasi dengan kasih sayang tanpa henti.

Sinopsis dari kulit novel.
“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.

“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.

Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu.

“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri.

“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.
“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.

Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati?

4 comments:

  1. hi, perkongsian menarik sangat. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  2. Saya ada jual buku kalau mahu survey datanglah ke website saya >> http://www.gerobokbuku.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih memberi info ... kepada pengunjung yang ingin mendapatkan novel boleh pergi ke website ini.

      Delete