Friday, 27 June 2014

NOVEL RINDU AWAK 200%

Bila dekat tak peduli , Bila jauh tercari - cari 


Kini Saluran TV3 dalam slot akasia menyiarkan drama adaptasi. Saya antara peminat drama juga teruja bila sesebuah novel di dramakan. selepas drama Kerana terpaksa aku relakan sebuah lagi drama dari adaptasi iaitu Rindu awak 200% . Harap drama ini menjadi bualan hangat. Novel yang mempunyai 593 muka surat akan membawa 28 episod drama.

Armel Aisya gadis yang degil dan keras kepala belajar di Universiti Chicago Amerika membuat ibu dan ayahnya merancang untuk menjodohkan Armel dengan anak abang angatnya Iqbal. Ini membuatkan Armel marah pada Ibunya yang tak pernah mempedulikan perasaannya. Di Chicago Armel berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Raizil Dillen kerana perkenalan itu jugalah Armel berubah menjadi liar hingga perbuatannya terhidu oleh orang tuanya di malaysia. Kerana perbuatan itu Armel terpaksa menerima hukuman iaitu menerima lelaki yang bakal dijodohkan oleh ibu bapanya. Pada awalnya Raziqah dan Zahirin hanya sekadar menyuruh Armel anaknya berkenalan sahaja tetapi Raziqah,  takut keadaan Armel akan menjadi lebih liar mereka bertindak untuk menjodohkannya.

Sebelum pulang ke Malaysia Armel kecewa dengan Raizil Dillen . Hubungan mereka putus ini kerana Raizil Dillen menganggap Armel bukan lah calon isteri yang sesuai. Armel merasa tertipu , empat tahun bersama lelaki itu tetapi lelaki itu tidak pernah menganggap Armel kekasih hatinya. Pulang ke malaysia Armel terus ditunangkan dan mereka tidak pernah berjumpa antara satu sama lain . Hingga lah suatu hari Zill Faezrul berjumpa sendiri dengan tunangnya. Armel meminta agar Zill memutuskan pertunangannya. Dan dalam berat hati Zill bersetuju. Pertemuan yang tidak disengajakan antara Armel dan Raizil bersama tunangnya merasa diri nya tercabar. Armel nekad untuk bersetuju berkahwin dengan Zill setelah Armel senditi meminta perhubungan mereka diputuskan. Armel ingin membuktikan yang dia bahagia disamping lelaki pilihan keluarga.

Zill yang pernah bertunang lima tahun dulu sukar melupakan kenangan lalu. Esyana meninggal dunia akibat kemalangan. sejak itu Zill tidak pernah mencari pengganti. Pada Zill , Armel adalah jodoh yang Allah berikan padanya.  Tak sampai 24 jam majlis pernikahan Armel dan Zill , Armel menuntut cerai dari suaminya. Bermulalah perbalahan dan pentengkaran berlaku. Ini membuatkan Armel selalu rasa sakit hati pada zill bila Zill buat tak peduli.

Zill yang bertugas sebagai Pilot terpaksa meninggalkan Armel dalam beberapa hari demi tugasnya. Dalam tempoh itu orang tua Armel memerhatikan anaknya. Armel tidak pernah tahu apa kerja Zill sebenarnya atas permintaan Zill, Zill hanya di kenali sebagai juruteknik di KLIA .Zill mahu Armel menerima dirinya seadanya. Ketiadaan Zill juga membuatkan Armel menjadi tanda tanya. Bila ditanya kedua orang tuanya seakan merahsiakan sesuatu darinya. 

Armel diterima kerja sebagai syarikat sahabat baik Zill tanpa pengetahuan Armel. Di situ Armel bertemu dengan Raizil. Raizil sekali lagi cuba menggoda Armel tetapi hatinya sudah beku dengan lelaki itu. Raizil selalu mengambil peluang untuk menambat hati Armel.  Hingga satu hari Armel terjumpa Zill bersama kawan serumah Ezyana , Jaslieyatul di kedai alatan perkahwinan. Kerana salah faham itu Armel menerima semula Raizil dalam hidupnya. Tetapi Armel tidak tahu muslihat buruk Raizil. Raizil ingin bersama Armel kerana sekadar ingin membalas dendam. Sejak bersama Raizil perubahan Armel amat ketara. Ini merisaukan Zill dan Raziqah dan Zahirin sebagai orang tuanya. 

Dengan Pertolongan Daria sahabat Armel , Zill dapat menjejaki Armel . Armel juga terselamat dari perbuatan jahat Raizil. Armel rasa bersalah kerana terlalu mengikut hati batunya. Disaat Armel menyesali perbuatannya ayah Zill meninggal dunia. Armel tak sempat untuk memohon ampun pada mertuanya.

Sejak itu Armel banyak berubah , Armel cuba mengenali suaminya siapa Zill Faerzul. Mereka berpindah rumah memulakan kehidupan yang baru . Armel memulakan kerja yang diminatinya fesyen selepas dipecat di syarikat sahabat baik Zill, Tuan Faris . Walaupun pernah dipanggil semula untuk berkerja , Armel mengambil keputusan untuk berkerja sendiri dan memperkembangkan minatnya di dunia fesyen. Di saat mereka menyemai benih cinta, Irene rakan sekerja Zill yang terlalu obses mengejar cintanya. Ini membuatkan Zill rasa rimas . Zill yang tak pernah membalas cinta Irene membuatkan Irene semakin berani mengganggu Armel. Irene juga bertindak lebih ganas hingga Zill tertikam dalam satu pergaduhan. 


Sinopsis dari kulit novel 

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 



Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 



Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 



Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?




Episod 1
Zill dikejutkan dengan panggilan telefon berita kemalangan Esyana tunangnya. Zill tak dapat terima kenyataan bila Esyana disahkan meninggal dunia. Sedangkan Esyana baru lepas menghubunginya. Armel mengambil keputusan untuk belajar di luar negara tanpa berbincang dengan ibubapanya . Keputusan Armel membuatkan Puan Raziqah terkejut. Lima tahun berlalu Zill masih tak dapat melupakan Esyana. Selepas perkahwinan adik Zill , Naznin merubah segalanya. Ayah Zill, Iqbal memperkenalkan Puan Raziqah dan suami pada Zill. Setelah mengetahui kedudukan Zill , Puan Raziqah berkenan dengan Zill. Puan Raziqah mencadangkan pada suaminya agar Zill disatukan dengan Armel yang masih berada di luar negara. Kepulangan Armel dinanti tetapi disambut dingin oleh Armel. Puan Raziqah kecewa dengan sikap anak perempuannya. Hubungan Armel dan mamanya sentiasa tegang. Ada saja yang tak kena. 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 1

Episod 2
Zill pulang kekampung atas permintaan ayahnya. Iqbal menyuruh Zill mohon petunjuk agar dipermudahkan sagala urusan. Armel berjumpa Raizil, Armel tidak menyangka Raizil hanya menganggap Armel hanya kawan. Armel mengambil keputusan untuk putus dan kecewa dengan sikap Raizil. Armel terus dingin dengan mamanya. Armel terkejut bila Zill datang kerumah. Hati Zill yang masih berbelah bagi kerana tidak dapat melupakan Esyana ( tunangnya ) . 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 2

Episod 3
Setelah memohon petunjuk , Zill membuat keputusan untuk meminang Armel. Armel terkejut dengan keputusan orang tuanya untuk menerima pinangan Zill. Majlis pertunangan berlangsung juga tanpa kerelaan hati. Selepas berlangsungnya majlis pertunangan Armel mengambil keputusan untuk memutuskannya. Dengan berat hati keluarga Armel pergi memulangkan cincin pertunangan pada keluarga Zill. Semasa Armel dan Daria keluar mereka terserempak dengan Raizil. Raizil sengaja menunjuk-nunjuk tunangnya pada Armel. Armel rasa tercabar dengan tindakan Raizil . Armel memberitahu kedua orang tuanya untuk meneruskan pertunangannya dengan Zill. Keputusan Armel membuatkan Puan Raziqah (mama) marah kerana sengaja memalukan keluarga. 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 3

Episod 4
Zill sedia maklum tentang pertunangannya diputuskan atas permintaan Armel. Tetapi lebih mengejutkan bila Armel meminta pertunangannya diteruskan. Atas nasihat rakan sekerja Zill , Azad agar menerima Armel. Zill bersetuju untuk meneruskan pertunangan setelah menerima penjalasan dari Armel sendiri. Persiapan perkahwinan ditanggung oleh Zill. Armel mengambil peluang untuk memberi kad jemputan kahwinnya kepada Raizil dengan harapan untuk membalas dendam. Majlis perkahwinan dihadiri sanak saudara. Armel tidak sangka Raizil datang bersama tunangnya. Lebih menyakitkan hati Armel bila tunang Raizil tanpa segan silu untuk bermesra dikhalayak ramai. Ini membuat Armel lebih sakit hati.
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 4

Episod 5
Selesai majlis Armel bersemuka dengan Zill. Armel memeinta agar Zill menceraikannya. Zill dengan pendiriannya tidak akan menceraikan Armel walau apa pun berlaku. Sikap degil Armel menjadi - jadi dan sengaja menyakiti hati Zill. Armel membuat satu rancangan agar Zill menceraikannya. Dia bertindak menyuruh abang kandungnya memburuk - burukkan Armel dengan harapan Zill akan menceraikannya. Kesihatan Iqbal ( ayah Zill ) semakin teruk. Walau bagaimana pun dia gembira bila Zill sudah berkahwin. 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 5

Episod 6
Hidup dikampung memang membosankan pada Armel yang terlalu taksub dengan dunia bandar.Iqbal sedaya upaya mencuri hati menantunya.  Zill membawa Armel pusing - pusing kampung menikmati keindahan sawah padi dan kehidupan kampung. Dalam kedegilan Armel ada kalanya ada yang mencuit hati Zill. Zill suka menyakat Armel di suasana kampung yang tak pernah dirasainya. Hingga mendatangkan sikit kecederaan pada Armel.  
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 6

Episod 7
Rasa bosan pada diri Armel semakin menggunung. Armel mengambil keputusan untuk lari tetapi dia sendiri tak tahu bagai mana untuk keluar dari rumah mertuanya. Suatu malam Neen adik Zill ternampak Armel membawa beg pakaian untuk melarikan diri. Zill hnaya memerhatikan Armel dari jauh. dalam tak sedar Zill sengaja menakut-nakutkan Armel hingga mendatangkan kecederaan Armel. Cuti Zill sudah ke penghujungnya. Mereka pulang ke rumah orang tua Armel. Zill mengambil keputusan untuk tidak bersiap dirumah mertuanya. Zill singgah ke rumah sewanya sebelum pergi ke Airport.
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 7 

Episod 8
Armel tercari - cari Zill tiba - tiba menghilangkan diri. Bila armel bertanya pada kedua orang tuanya seperti mereka menyembunyikan sesuatu. Armel berjumpa kawannya Daria. Daria hairan dengan sikap Armel yang terlalu ego. selepas 4 hari zill pulang kerumah seperti biasa. Armel tak puas hati bila Zill tidak berterus terang dengannya. Semakin marah Armel pada Zill , Semakin sakit hati Armel . Armel tak suka dengan perasaannya sekarang. Armel mengambil keputusan untuk mencari kerja. Armel gembira dia dapat mendapat panggilan untuk temuduga. 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 8

Episod 9
Armel sengaja pergi ke tempat temuduga senang untuk Armel pergi nanti.  Tanpa sedar Armel diragut . Semua barang keperluannya telah hilang. Sampai  dirumah zill melihat Armel seperti ada yang tak kena. Armel menceritakan apa yang berlaku dan zill terkejut. Hadir perasaan belas pada isterinya. zill mengajak Armel cari barang yang hilang seperti dimaksudkan. Armel memberitahu dia membeliI kamera itu dari hasil duit part timenya zaman sekolah . Itulah kamera yang disayangi. Hubungan Armel dan Zill masih dingin.
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 15

Episod 16

Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 18

Episod 19
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Rindu awak 2oo% episod 23

Episod 24 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 24

Episod 25
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 25

Episod 26
Setelah mendapat panggilan dari Irene , Zill dan Azat ke tempat yang diberitahu. Zill dan Azat terkejut dengan keadaan Irene yang lebab - lebab. Irene menceritakan yang dia dipukul oleh William. Irene memerhati gerak geri Zill . Selain Itu Irene sengaja menghubungi Zill saat Zill bersama Armel. Azat menyuruh membuat laporan polis tetapi Irene enggan. Zill banyak menghabiskan masa membantu Armel . Kini bisnes Armel semakin maju . Azad menasihatkan Zill agar berjaga-jaga dengan Irene kerana Irene menaruh perasaan pada Zill tetapi dinafikan oleh Zill. Zill hanya menganggap Irene sebangai kawan sekerja sahaja. Armel nampak perubahan pada Zill segalanya terbongkar bila  Irene datang kerumah memulangkan Jaket Zill di kondo.  
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 26

Episod 27
Setelah Irene berjaya meracuni fikiran Armel. Armel percaya dan kecewa dengan sikap Zill. Zill cuba berterus terang dengan Armel tetapi tak boleh terima hingga Armel pengsan. Zill bertindak keras agar tidak mengganggu Armel. Selepas kejadian itu perhubungan Armel dan Zill menjadi dingin. Armel banyak mendiam kan diri.Zill pergi bertugas , Armel mengambil peluang untuk keluar bersama Daria. Irene masih mengganggunya lagi . Armel sedih bila Irene mengatakan dia akan berkahwin dengan Zill tak lama lagi. Irene bernampak Armel dan Daria. Irene nekad untuk melanggar Armel tetapi sempat disemamatkan. Zill terkejut bila mendengar Armel hampir dilanggar. Zill bersemuka dengan Irene agar tidak mengganggu Armel dan Zill lagi. Irene menjadi lebih marah bila Zill memihak dapa isterinya. Dendam Irene semakin membara. 
Jom tonton link ini : Rindu awak 200% episod 27

Episod 28
Armel terus merajuk , Sebelum Zill bertugas dia memberitahu Zill tetap sayang padanya. Zill juga mengguna Azat untuk memujuk Armel dan menceritakan  segalanya mengenai Irene. Pulang dari bertugas Zill gembira ingin berjumpa Armel tiba-tiba Irene datang dan terus menikam Zill dibahagian perut. William terkejut dengan tindakan Irene yang sanggup menikam Zill kerana cintanya tidak berbalas. Zill dimasukkan ke hospital. Armel menyesal dengan tindakan yang dilakukan olehnya terhadap Zill . William dan Tameka menceritakan segalanya pada Armel semua yang berlaku adalah cerita rekaan Irene bagi mencari perhatian Zill pada dirinya. Zill selamat dari tahap kritikal. Armel melahirkan anak lelaki yang comel diberi nama Esyan sempana nama Esyana. 
Jom tonton link ini :Rindu awak 200% episod 28



Nota :
Drama adaptasi rindu awak 200% sudah melabuhkan tirainya. Gandingan yang mantap dan keserasian hero dan heroinnya menghidupkan cerita. Walaupun cerita ini santai saya menganggap cerita ini berjaya dan sampai dihati peminat. Terima kasih kepada yang singgah dan memberi komen di blog ini . 

Tuesday, 24 June 2014

ULANG TAHUN KELAHIRANKU

Macam tak percaya umurku dah melangkah ke 37 tahun rupa-rupanya. 37 tahun juga aku diuji dengan kehidupan dunia . Dunia yang sementara ini ... Alhamdullilah aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk bernafas lagi di bumi Allah ni. Aku diberi kesihatan yang baik ketika ini . Walaupun tak diberikan wang ringgit yang banyak tetapi aku dilimpahi kasih sayang dari keluarga dan rakan-rakan yang mendampingi aku . 


ini lah kek hari jadi dari kawan-kawan 

Macam tak percaya ... terkejut ada kek harijadi . Wah banyaknya lilin ...



antara rakan-rakan di pejabat..

Terima kasih pada semua yang memberi ucapan hari lahir . Keluarga , kawan - kawan yang sentiasa bersama. Segala doa dan ucapan amatlah dihargai.....